Semasa di peringkat junior, terdapat beberapa perkara yang wajib dipraktikkan oleh setiap pegawai kadet. Antara yang paling penting ialah etika pemakaian.
PEMAKAIAN SEMASA LATIHAN:
Lelaki/Perempuan
- Rambut tidak panjang bagi lelaki.
- Pastikan janggut dan misai dicukur bagi lelaki.
- Tidak boleh memakai jam semasa baris pagi dan PT.
- Dilarang memakai barang kemas.
- Memakai kasut sukan yang telah di"issue"kan sahaja.
- Seluar jeans adalah tidak dibenarkan sama sekali.
PEMAKAIAN KE KULIAH:
Lelaki
- Seluar "slack", baju berkolar (dimasukkan ke dalam).
- Kasut bertutup atau sandal.
- Kad kampus bersarung putih.
- Pada hari jumaat, pemakaian adalah baju melayu hitam dan samping serta bersongkok.
Perempuan:
- Seluar "slack", baju t-shirt sopan.
- Kad kampus bersarung putih.
- Anak tudung.
- Seluar jeans,cardigan tidak dibenarkan sama sekali.
No comments:
Post a Comment