Sebelum diberi kebenaran untuk mengendalikan sendiri senjata (Colt M16 A1) masing-masing, undang-undang keselamatan terlebih dahulu ditekankan kepada setiap pegawai kadet junior.
Hal ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas latihan menembak dijalankan.
Hal ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas latihan menembak dijalankan.
Undang-undang keselamatan:
- Tentukan apabila mengambil senjata, periksa untuk memastikan samada senjata berisi peluru atau tidak.
- Apabila menyerahkan senjata kepada orang lain, pastikan senjata selamat. Sekiranya berisi peluru, tentukan kunci selamat pada kedudukan "SAFE".
- Jangan menghalakan senjata kepada kawan dengan niat untuk bergurau.
![]() |
Peluru yang digunakan untuk Colt M16 A1 |
Lima (5) sifat kelakuan Colt M16 A1:
- Bekerja dengan kuasa gas dan disejukkan oleh kuasa udara serta dipasang kelopak.
- Tembakan pada separa auto (semi) atau auto sepenuhnya.
- Untuk kegunaan askar bermutu tinggi.
- Kelopak diperbuat daripada aluminium, 20 - 30 butir peluru.
- Keistimewaan: cara mengunci terbaru, senang dijaga.
Selain didedahkan dengan teori, kami selaku pegawai kadet juga diberi tunjuk ajar oleh jurulatih tentang cara untuk membuka dan memasang senjata. Kemahiran tersebut amatlah penting untuk dikuasai oleh setiap pegawai kadet junior lelaki mahupun wanita.
No comments:
Post a Comment