Thursday, 31 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Istiadat Pemakaian Pangkat

Pada 19hb Oktober 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu, telah berlangsungnya Istiadat Pemakaian Pangkat Kadet PALAPES UKM di markas PALAPES yang terletak di Kompleks Kesatria UKM.

Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, selaku Komandon PALAPES UKM. Beliau telah memakaikan pangkat kepada anggota kadet yang telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas masing-masing.




Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES yang dirasmikan oleh
Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin


Majlis yang berlangsung pada petang tersebut turut diadakan bersempena dengan Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES bagi sesi 2013/2014 yang turut dirasmikan oleh Prof. Tan Sri. Semasa majlis tersebut berlangsung, beliau telah dipersembahkan dengan pertandingan buka dan pasang senjata yang disertai oleh kadet senior dan inter.

Prof. Tan Sri turut menyatakan rasa bangga beliau dengan PALAPES yang berjaya mengrekrut anggota kadet junior yang paling ramai pada tahun ini. Beliau juga amat berharap anggota junior yang mempunyai kekuatan seramai 199 orang ini dapat dikekalkan sehingga ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tiga tahun akan datang.

Majlis Istiadat Pemakaian Pangkat dan Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES tersebut turut dihadiri oleh Ketua Jurulatih dan pegawai-pegawai UKM.





Perbarisan anggota kadet junior yang mempunyai kekuatan seramai
199 orang








Sunday, 6 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Ikrar Kesatria




Ikrar Kesatria!

Salah satu elemen penting yang wajib para pegawai kadet terutamanya peringkat junior ambil tahu dan titikberatkan setelah mengangkat sumpah setia sebagai pegawai kadet PALAPES UKM pada tanggal September, 19hb, 2013.

Ikrar ini perlu dilafazkan dengan penuh semangat waja setiap kali diadakan latihan ataupun acara-acara penting. Setiap baris kata dalam ikrar ini mempunyai maksudnya yang tersendiri samada tersurat mahupun tersirat.





Thursday, 3 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Gagah Setia





Roger! Arahan terkini baru sahaja diterima daripada para inter dan senior batch lepas. Para junior batch 35th (batch kami lar tue..) diberi arahan supaya hafal lagu Gagah Setia sebelum latihan kedua pada Oktober, 19hb, 2013 akan datang.

Kami juga diminta bukan sekadar menghafal malah menghayati setiap kata yang terdapat dalam lagu tersebut. 

Nampak macam remeh kan? Tapi bait-bait lirik inilah yang boleh dan akan menjadi pembakar semangat setiap perwira. So, what you waiting for skuad?? Jom hayati ramai-ramai..:D

"Gempur gempur wira..maju maju mara!"