Thursday, 19 December 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Etika Pemakaian

Semasa di peringkat junior, terdapat beberapa perkara yang wajib dipraktikkan oleh setiap pegawai kadet. Antara yang paling penting ialah etika pemakaian.


PEMAKAIAN SEMASA LATIHAN:

Lelaki/Perempuan
  • Rambut tidak panjang bagi lelaki.
  • Pastikan janggut dan misai dicukur bagi lelaki.
  • Tidak boleh memakai jam semasa baris pagi dan PT.
  • Dilarang memakai barang kemas.
  • Memakai kasut sukan yang telah di"issue"kan sahaja.
  • Seluar jeans adalah tidak dibenarkan sama sekali.



PEMAKAIAN KE KULIAH:

Lelaki
  • Seluar "slack", baju berkolar (dimasukkan ke dalam).
  • Kasut bertutup atau sandal.
  • Kad kampus bersarung putih.
  • Pada hari jumaat, pemakaian adalah baju melayu hitam dan samping serta bersongkok.

Perempuan:
  • Seluar "slack", baju t-shirt sopan.
  • Kad kampus bersarung putih.
  • Anak tudung.
  • Seluar jeans,cardigan tidak dibenarkan sama sekali.






PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Menembak di PULADA Ulu Tiram (Bahagian 3)

Pada hari pertama latihan menembak, latihan pegawai kadet junior dimulakan dengan Praktis 1. Dalam praktis tersebut 20 butir peluru digunakan.




Gambar Hiasan: Sasaran tembakan



Praktis 1:

  • Peluru ditembak sebutir-butir mengikut masa sendiri.
  • Terdapat empat kedudukan dimana 5 butir peluru digunakan dalam setiap kedudukan.
  • Menembak dalam jarak 100 m.
  • Setiap sasaran yang tepat diberi 1 mata.


Seterusnya, latihan diteruskan dengan Praktis 2 dimana 20 butir peluru juga digunakan.

Praktis 2:
  • Jenis tembakan kejap.
  • Sasaran didedahkan selama 5 saat.
  • Terdapat empat kedudukan dimana 5 butir peluru digunakan dalam setiap kedudukan.
  • Menembak dalam jarak 100 m.
  • Setiap sasaran yang tepat diberi 1 mata.


Antara kedudukan menembak iaitu melutut



Pada hari kedua latihan menembak, latihan diteruskan dengan Praktis 3. 

Praktis 3:

  • Peluru ditembak sebutir-butir mengikut masa sendiri.
  • Terdapat empat kedudukan dimana 5 butir peluru digunakan dalam setiap kedudukan.
  • Menembak dalam jarak 200 m.
  • Setiap sasaran yang tepat diberi 1 mata.


Selesai Praktis 3, latihan diteruskan dengan praktis terakhir iaitu Praktis 4. Dalam praktis tersebut, 10 butir peluru digunakan.

Praktis 4:
  • Terdapat empat kedudukan dimana 2 butir peluru digunakan dalam setiap kedudukan.
  • Tapak permulaan menembak pada jarak 250 m.
  • Maju ke hadapan, pada kedudukan 200 m, kedudukan meniarap.
  • Pada kedudukan 175 m dan 150 m, menembak pada kedudukan melutut.
  • Pada kedudukan 125 m dan 100 m, menembak pada kedudukan berdiri.





PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Menembak di PULADA Ulu Tiram (Bahagian 2)

Kali pertama menjejakkan kaki di Pusat Latihan Tentera Darat, PULADA Ulu Tiram. Terserlah rasa keterujaan di wajah setiap pegawai kadet junior.

Meskipun keletihan duduk lama di dalam bas masih lagi terasa, tapi ia dapat dilupakan seketika apabila diberitahu latihan menembak akan bermula sebaik sahaja semua pegawai atasan, staf dan pegawai kadet selesai menikmati sarapan pagi.

Namun sebelum melaksanakan tugasan lain,perkara wajib tetap didahulukan terlebih dahulu. Solat subuh ditunaikan di masjid yang terdapat di dalam kawasan PULADA.





Gambar Hiasan: Jom Solat



Selesai solat dan sarapan, latihan menembak dimulakan. Setiap peringkat diletakkan di lapang sasar yang berbeza. Peringkat juior akan menembak menggunakan 70 butir peluru pada kedudukan dan praktis yang berbeza.

Terdapat empat kedudukan menembak. Menembak pada kedudukan meniarap, duduk, melutut dan berdiri. 

Sepanjang latihan tersebut, pegawai kadet junior akan menembak pada empat praktis iaitu Praktis 1, Praktis 2, Praktis 3 dan Praktis 4. 




Latihan menembak di lapang sasar




PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Tukar Kad Kampus

Semasa berada di luar markas, amat sukar untuk kita mengenalpasti antara beribu pelajar di dalam kampus, yang mana satu skuad palapes kita.

Hal ini kerana walaupun bergelar sebagai pegawai kadet palapes, namun etika pemakaian semasa berada di dalam kawasan universiti adalah sama bagi semua pelajar samada palapes atau sebaliknya.

Oleh itu, bagi memudahkan pengecaman dilakukan, semua pegawai kadet palapes diwajibkan memakai kad kampus yang menggunakan gambar tentera bagi menggantikan gambar passport mereka.


Prebiu kad kampus pelajar



Sebagai pegawai kadet palapes junior, penukaran kad kampus adalah suatu yang amat mengujakan kerana ini merupakan kali pertama menggunakan gambar tentera sebagai pengenalan diri.

Penukaran tersebut tidak memakan masa yang lama. Hanya perlu "upload" gambar tentera tersebut dan mengisi butiran yang diperlukan.

Gambar tersebut boleh diupload melalui: http://www.ukm.my/ukmcard/index.php.

Beberapa hari kemudian email akan dihantar mengatakan kad kampus sudah siap dicetak.

Namun sebelum mendapatkan kad kampus tersebut di Bahagian Pengurusan Akademik UKM, pembayaran sebanyak RM15 harus dilakukan di kaunter Jabatan Bendahari di Tingkat 1, Canselori UKM.







Monday, 16 December 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Menembak di PULADA Ulu Tiram (Bahagian 1)

Setelah dua hari menjalani latihan berterusan, pelbagai ilmu berkenaan senjata Colt M16 A1 telah kami pelajari. Pengendalian senjata juga telah dikuasai hampir sepenuhnya.

Kini tiba masa untuk keberangkatan ke Pusat Latihan Tentera Darat, PULADA Ulu Tiram, Johor. Segala persiapan telah dilakukan samada dari segi mental ataupun fizikal.




Backpack serta peralatan lain yang perlu



Pada malam tersebut, semua pegawai kadet telah diberi taklimat mengenai perjalanan yang bakal kami tempuhi. Keselamatan semua pihak terutamanya pegawai kadet senior, inter dan junior amat dititikberatkan oleh ketua jurulatih, Leftenan Kolonel Mohd Sahar bin Haji Said.

Beberapa orang pegawai kadet junior (termasuk diri saya) telah diamanahkan untuk menjaga senjata masing-masing sepanjang perjalanan ke PULADA Ulu Tiram.

Jarum jam tepat menunjukkan pukul 1.00 pagi. Sebanyak 11 buah bas telah berangkat dari Kompleks Kesatria UKM ke PULADA Ulu Tiram. Perjalanan bas yang hampir memakan masa selama 6 jam itu akhirnya tiba dengan selamat di destinasi yang ditujui.





Pintu masuk PULADA Ulu Tiram




Sunday, 15 December 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Berterusan (Bahagian 2)

Sebelum diberi kebenaran untuk mengendalikan sendiri senjata (Colt M16 A1) masing-masing, undang-undang keselamatan terlebih dahulu ditekankan kepada setiap pegawai kadet junior.

Hal ini bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku sebelum, semasa dan selepas latihan menembak dijalankan.


Undang-undang keselamatan:
  • Tentukan apabila mengambil senjata, periksa untuk memastikan samada senjata berisi peluru atau tidak.
  • Apabila menyerahkan senjata kepada orang lain, pastikan senjata selamat. Sekiranya berisi peluru, tentukan kunci selamat pada kedudukan "SAFE".
  • Jangan menghalakan senjata kepada kawan dengan niat untuk bergurau.


Peluru yang digunakan untuk Colt M16 A1



Lima (5) sifat kelakuan Colt M16 A1:
  1. Bekerja dengan kuasa gas dan disejukkan oleh kuasa udara serta dipasang kelopak.
  2. Tembakan pada separa auto (semi) atau auto sepenuhnya.
  3. Untuk kegunaan askar bermutu tinggi.
  4. Kelopak diperbuat daripada aluminium, 20 - 30 butir peluru.
  5. Keistimewaan: cara mengunci terbaru, senang dijaga.

Selain didedahkan dengan teori, kami selaku pegawai kadet juga diberi tunjuk ajar oleh jurulatih tentang cara untuk membuka dan memasang senjata. Kemahiran tersebut amatlah penting untuk dikuasai oleh setiap pegawai kadet junior lelaki mahupun wanita.




Thursday, 12 December 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Berterusan (Bahagian 1)

Pada cuti pertengahan semester satu sesi 2013/2014 yang lalu, latihan berterusan telah diadakan selama tiga hari di Kompleks Kesatria, UKM. Hal ini bagi mempersiapkan diri setiap pegawai kadet terutamanya peringkat junior sebelum menjalani latihan menembak.

Pegawai kadet didedahkan dengan pengetahuan mengenai senjata yang bakal digunakan semasa latihan menembak nanti iaitu Colt M16 A1 (5.56 mm). Setiap bahagian yang terdapat pada senjata diterangkan dengan terperinci oleh jurulatih.





Colt M16 A1



Antara bahagian yang terdapat pada Colt M16 A1:
  1. Laras 5.56mm
  2. Tangkai pembawa
  3. Tangkai pencekah
  4. Udi
  5. Pistol Grip
  6. Picu
  7. Kelopak
  8. Rumah kelopak
  9. Pengadang
  10. Tangkai tali siling
  11. Penyimpan alat pencuci dan sebagainya.

Data teknik:
  • Ukuran laras                   : 5.56 mm
  • Panjang senjata                : 980 mm
  • Panjang laras                  : 507 mm
  • Berat tanpa kelopak            : 2.95 kg
  • Berat kaki dua                 : 0.22 kg
  • Berat kelopak (tanpa peluru)   : 0.08 kg
  • Berat kelopak (20 butir peluru : 0.32 kg
  • Kekuatan hentakan peluru       : 1.78 kg





Thursday, 31 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Istiadat Pemakaian Pangkat

Pada 19hb Oktober 2013 bersamaan hari sabtu yang lalu, telah berlangsungnya Istiadat Pemakaian Pangkat Kadet PALAPES UKM di markas PALAPES yang terletak di Kompleks Kesatria UKM.

Majlis telah disempurnakan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin, selaku Komandon PALAPES UKM. Beliau telah memakaikan pangkat kepada anggota kadet yang telah diberi tanggungjawab untuk menggalas tugas masing-masing.




Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES yang dirasmikan oleh
Prof. Tan Sri Dato' Wira Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin


Majlis yang berlangsung pada petang tersebut turut diadakan bersempena dengan Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES bagi sesi 2013/2014 yang turut dirasmikan oleh Prof. Tan Sri. Semasa majlis tersebut berlangsung, beliau telah dipersembahkan dengan pertandingan buka dan pasang senjata yang disertai oleh kadet senior dan inter.

Prof. Tan Sri turut menyatakan rasa bangga beliau dengan PALAPES yang berjaya mengrekrut anggota kadet junior yang paling ramai pada tahun ini. Beliau juga amat berharap anggota junior yang mempunyai kekuatan seramai 199 orang ini dapat dikekalkan sehingga ditauliahkan sebagai Leftenan Muda pada tiga tahun akan datang.

Majlis Istiadat Pemakaian Pangkat dan Perasmian Pembukaan Latihan PALAPES tersebut turut dihadiri oleh Ketua Jurulatih dan pegawai-pegawai UKM.





Perbarisan anggota kadet junior yang mempunyai kekuatan seramai
199 orang








Sunday, 6 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Ikrar Kesatria




Ikrar Kesatria!

Salah satu elemen penting yang wajib para pegawai kadet terutamanya peringkat junior ambil tahu dan titikberatkan setelah mengangkat sumpah setia sebagai pegawai kadet PALAPES UKM pada tanggal September, 19hb, 2013.

Ikrar ini perlu dilafazkan dengan penuh semangat waja setiap kali diadakan latihan ataupun acara-acara penting. Setiap baris kata dalam ikrar ini mempunyai maksudnya yang tersendiri samada tersurat mahupun tersirat.





Thursday, 3 October 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Gagah Setia





Roger! Arahan terkini baru sahaja diterima daripada para inter dan senior batch lepas. Para junior batch 35th (batch kami lar tue..) diberi arahan supaya hafal lagu Gagah Setia sebelum latihan kedua pada Oktober, 19hb, 2013 akan datang.

Kami juga diminta bukan sekadar menghafal malah menghayati setiap kata yang terdapat dalam lagu tersebut. 

Nampak macam remeh kan? Tapi bait-bait lirik inilah yang boleh dan akan menjadi pembakar semangat setiap perwira. So, what you waiting for skuad?? Jom hayati ramai-ramai..:D

"Gempur gempur wira..maju maju mara!"






Sunday, 22 September 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Pertama (Hari Kedua)


Hari kedua latihan pada minggu pertama. Hahaha. Nasib kami baik kerana hari ini tidak terlewat. Perasaan "excited" tetap terasa.. tidak laa memuncak seperti semalam tapi excited jg :)

"Excited" untuk naik trak dengan berpakaian baju kurung. bleh bayangkn tak keadaan tue?

Hmm.. terima sahajalah, kata patriotik sangatkan? Walau apapun, hari ini ada "interview", entah apalah yang tuan-tuan pegawai tersebut tanya nanti? Adakah sesusah soalan SPM? Tunggu dan lihat jer laa ;)



Sempat lagi "posing" depan trak before balik kolej petang tue..hihi



Saturday, 21 September 2013

PEGAWAI KADET PALAPES UKM BATCH 35: Latihan Pertama (Hari Pertama)


"Excited" bila dapat tahu latihan PALAPES akan dimulakan pada minggu ini :) Dapat arahan suruh tunggu dekat "bus stop" kolej pada jam 5.45 pagi tapi aku dan roomate terlewat pula. Tunggu punya tunggu, trak PALAPES tidak sampai-sampai lagi, entah-entah dah tertinggal huhu

Dengan penuh kesabaran, akhirnya trak datang "pungut" kami. Sampai dekat Kompleks Kesatria UKM, pegawai kadet junior lain semuanya sudah dalam baris. Malunya..tapi tidak mengapa, bak kata orang, first time..(konon!)

"Show time"! Masa yang ditunggu-tunggu tiba. Pengagihan baju, loreng dan peralatan-peralatan yang lain kepada para junior. Semua sibuk try baju-baju yang diterima. Ada yang complaint baju keci, seluar besar. .nasib laa kau.

Seronok-seronok juga dapat baju free, tapi esok ada "interview", jangan lupa hahahaa

Bah, petang sudah, balik lah kau sana. Rehat cukup-cukup, esok jangan lewat, 5.30 pagi ada di bus stop dh :) Good luck pegawai kadet palapes UKM 2013/2014!!!





Antara skuad pegawai junior yang berusaha mengangkat keperluan yang
telah diterima untuk dibawa balik ke kolej masing-masing.